Saturday, March 14, 2009

JIHAD


ERTI JIHAD: Dalam islam, erti kata JIHAD ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar MUJAHID.

Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan agama Allah atau menjaga agama tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.

Istilah Jihad sering disalah fahami oleh oleh org2 yg tidak mengenal prinsip2 islam sebagai 'perang suci'. Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat . Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.

PELAKSANAAN JIHAD:1. Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR.
2.berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

1 comment:

  1. Salam Khamis.

    Yaaa Saudara TuanEmpunyaBlog Wira Muda Dunia ISLAM, Saudara SePerjuangan hamba yang Prihatin lagi Budiman.

    Apabila Saudara berkelapangan+berkesempatan, maka lawatilah laman SPK (SiPemberiKomen) ini.

    Sekian sahaja, sekadar makluman. Terima Kasih.

    Hail to You & BAROKALLAAHU FIK.

    Salam Mukhlis.

    ReplyDelete