Sunday, March 15, 2009

Khalid Al-Walid: Panglima Islam yang Unggul



Sejarah hidup Saidina Khalid Al-Walid penuh dengan kegemilangan di medan peperangan.
Khalid bin Al-Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran SAIFULLAH atau 'pedang Allah'. Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah. Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang.

Apabila panglima Zaid bin Harithah gugur maka tempatnya diambil alih oleh panglima Jakfar bin Abi Talib. Apabila Jakfar gugur maka tempatnya diambil oleh Abdullah bin Rawwahah. Dan apabila panglima Abdullah juga gugur maka tentera Islam melantik Khalid bin Al Walid sebagai pemimpin mereka. Dengan kebijaksanaannya tentera Islam berjaya diundurkan dengan selamat setelah menimpakan kerugian yang besar terhadap tentera Rom.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Pada tahun 21 ,hijrah Khalid bin Al Walid jatuh sakit. Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.

Khalifah Umar amat bersedih dengan kematian panglima Khalid bin Al Walid.
Beliau menyedari kesilapannya memecat panglima Khalid bin Al Walid dan bercadang hendak melantik semula sebagai ketua panglima tentera tetapi beliau telah meninggal dunia. Kata Saidina Umar,

Khalid telah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan rahmatkan Abu Bakar sesungguhnya dia lebih tahu mengenai laki-laki itu (khalid) lebih dari aku.

Oleh itu, marilah kita sama2 mencontohi teladan Khalid Al-Walid yang bercita2 tinggi untuk mati di jalan Allah (syahid) .Semangat jihad dan pemikiran yang luas juga penting untuk berjaya di dalam kehidupan. Semoga semangat yang dibawa oleh beliau dapat diteruskan oleh generasi masa kini.

No comments:

Post a Comment