Sunday, March 15, 2009

Saidina Ali: Pemimpin yang berani



Saidina Ali merupakan antara sahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai Ilmu bagaikan lautan. Rasulullah pernah bersabda " Saya adalah kota Ilmu dan Ali adalah pintunya ". dan didalam hadith lain ada Rasulullah bersabda " Jika kamu ingin melihat pengetahuan Nabi Adam, kesusahan fikiran Nuh, sifat-sifat Ibrahim, Ibadat dan doanya Musa, umur Isa dan suluh Ilmunya Muhammad, lihatlah kepada orang yang datang ini " sambil menunjukan kepada Saidina Ali r.a.

Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.”

Saidina Ali adalah merupakan pahlawan yang terkenal dengan gagah dan berani. Syaidina Ali tidak pernah ketingalan dalam mana-mana peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. Beliau terkenal dengan pedang nya yang dinamakan " Zulfiqar ".Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu alam.

Saidina Ali pernah menyebut:-

" Sesunguhnya barang siapa yang meninggalkan jihad dijalan Allah dan menzahirkan penentangannya yang selama ini disembuyikan, maka dia berada di pinggir kemusnahan mealikan jika Allah S.W.T mengurniakan padanya dengan nikmatnya ; maka takutilah Allah S.W.T dan perangilah orang yang berusha memamadamkan cahaya agama Allah S.W.T, orang yang tersilap, yang sesat dan orang -orang zalim yang melakukan kejahatan iaitu orang yang tidak membaca Al-Quran dan tida juga mereka itu orang yang faham akan agamanya serta tidak pula alim ulama' mengetahui tentang Takwil."

Dalam satu lagi keadaan beliau telah menyebut :-

" Bersedialah kamu berangkat menghadapi musuh. sesungguhnya jihad adalah wasilah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan jalan untuk memperolehi keredhaannya, ke atas mereka yang kehairanan terhadap hak(agama), tidak mengetahui mengenai Al-Kitab ( Al-Quran) yang mengubah-gubah agama, mereka yang buta di dalam perbuatan yang melampaui batas dan terkambus di dalam kesesatan. Maka bersiap-sedialah dengan tentera berkuda setakat yang kamu mampu untuk menjaga sempadan negeri dan bertawakallah kepada Allah S.W.T dan memadailah Allah sebagai wakil dan perlindung "

Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi, sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu dibuatnya perisai tangan.
Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh orang pejuang yang berpadu tenaga gagal berbuat demikian sebelum itu.

Dalam satu peperangan lain, sebuah mata air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada siapa pun yang dapat mengalihkannya kecuali Saidina Ali.
Sewaktu kanak-kanak, salah seorang rakannya telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Saidina Ali mengangkat rakannya itu dengan menghulurkan sebelah kaki sahaja.
Dalam Perang badar, tujuh puluh orang musuh berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tiga puluh empat daripadanya maut di tangan Saidina Ali.
Dalam Perang Uhud pula, beliau menewaskan dua belas orang musuh dalam pertandingan satu sama satu sebelum peperangan bermula.

Dalam Peperangan Khandaq, seorang pahlawan Quraisy yang termasyhur bernama Amru Ibnu Abdi Wudd dengan niat mengejek melangkah parit seorang diri ke tempat tentera Islam. Dia meminta pertempuran. Tiada seorang pun tentera Muslimin yang berani bersuara kerana mereka tahu betapa handalnya Ibnu Wudd.
Namun begitu sikap Saidina Ali amat berlainan. Tiga kali Ibnu Wudd mencanangkan pertempuran tanpa jawapan tetapi setiap kali itulah pula Saidina Ali bergerak ke hadapan untuk menyahut cabarannya. Cuma dia dihalang oleh Rasulullah memandangkan Ibnu Wudd bukan calang-calang pendekar.
Setelah mendesak beberapa kali Rasulullah pun mengizinkan beliau pergi dengan hati yang berat. Sungguh di luar dugaan, Ibnu Wudd terputus dua badannya walaupun mereka baru berbalas beberapa kali tetakan. Terus luntur semangat musyrikin Quraisy.

Sebegitulah kisah2 keberanian dan semangat jihad Saidina Ali yang memang hebat. Maka, terbuktilah juga bahawa semangat jihad itu asas kemenangan......

No comments:

Post a Comment